RSS

Leave your link here...


Dikuasakan Oleh Shoutmix
Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Bila time puasa je….


Assalamualaikum, Salam Muhibah dan Salam Satu Tanah Malaya… Hari ni dah genap enam hari kita di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak. Puasa tak? Aku yang hidung berlari pon puasa tahu. Bagi mereka yang ada gastrik tu, gunakanlah peluang ini bulan ramadhan ini untuk melegakan gastrik anda. Dan bagi wanita yang datang emmm2 … Sila hormati mereka yang berpuasa yer..

Banyak yang aku ingin perkatakan dalam entri kali ni. Aku akan try cerita satu persatu, tengok banyak ke tak. Sebelom itu, kita layan video ni kejap.

credit to the87juju for the video

Tak puas hati? Sound direct jer..


Assalamualaikum dan selamat malam… korang gi terawih tak malam ni? Hehehe.

Hari ni dah genap dua hari kita menyambut ramadhan yang mulia ni, tetapi rasanya masih lagi ramai yang alpa dengan tindak-tanduk masing-masing. Opps, aku tak tujukan statement kepada pihak tertentu. Ini adalah peringatan kepada kita semua termasuk diri aku sendiri.

Sedar atau tidak, rata-rata blogger tempatan di Malaysia ni memang cukup suka cerita hot and panas, gosip artis dan sebagainya. Tapi tolonglah yer, hormat sikit bulan yang mulia ni. Kalau boleh hentikan lah semua hal-hal yang bagi aku macam fitnah and mengumpat pon ada. Yelah, bak kata Piee;

 

“Yang salah tu fitnah, yang betui pulak mengata, dua-dua pon dosa besaq ceq oiii…”

 

blahblah

Tapi itulah masyarakat sekarang. Aib orang boleh pulak dijadikan sumber kewangan. Kau tanya macam mana? Yelah, cerita aib orang, umpatan ataupun fitnah dijaja didalam blog masing-masing semata-mata nak naikkan traffic ke blog. Yelah, korang nak traffic pon sebab nak duit la kan? Betul tak? Sudah-sudah la, kalau boleh bulan puasa ni jadikan sebagai langkah pertama untuk hentikan semua hal-hal yang bagi aku, kurang manis untuk kita sebagai, muslim buat. Ye, aku nak tegur pun aku bukannlah maksum, tetapi sekadar peringatan untuk kita bersama.

1309036947-71

Powered by Blogger.
Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...