RSS

Leave your link here...


Dikuasakan Oleh Shoutmix

Jepun protes terhadap Korea Selatan?


Assalamualaikum, dan selamat malam kepada para pembaca yang sedang mebaca bait-bait post ni. Hari ni bukak puasa dengan apa? Dah setel post gambar makanan time berbuka dekat facebook blom? Pergi terawikh tak malam ni?

T-ara-4gula-gula

Seperti yang kita semua sedia maklum, dunia secara umumnya kini telah dijangkiti dengan wabak demam K-Pop dan tidak terkecuali, masyarakat di Malaysia khususnya. Tapi, apa yang menyakitkan mata serta telinga aku yang masih lagi belum sembuh dari ‘hidung berlari’ ialah isu K-pop Wannabe di Malaysia ni. Rasanya korang pon kenal siapa itu Gula-Gula dan Max247. Yep, dah berlambak blogger-blogger tempatan yang mempublisitikan isu ‘Muka Ban*la Tapi Bajet Korea’ dan ‘Paha Drumstick Ayamas’ dalam blog masing-masing. Dari sehot-hot kisah k-pop wannabe sampaila sejuk citer diorang ni. And now, today, aku nampak macam masyarakat Malaysia dah tak kisah pon dengan kewujudan diorang ni. Maksud aku, diorang sikit pon tak meraih populariti dengan publisiti-publisiti murahan yang sedia ada. Yelah, nama pon copycat, sapa nak kisah ye tak??

Tapi, apa yang nyata sekarang ini ialah, situasi artis tempatan kita pada hari ini. Bak kata Allayarham Din Beramboi;

Macam buah-buahan tempatan, selonggok tiga ringgit..

Ya, tak dinafikan artis tempatan kita dah jadi macam buah-buahan tempatan, makin dipinggirkan dek penangan Korean Wave atau bahasa koreanya; Hallyu. Tapi salah siapa hal ni berlaku? Salah pihak media ke? Atau Salah rakyat Malaysia sendiri ke? Atau mungkin salah tu terletak pada ahli seni tanahair kita? Lets ask those questions to ourselves…

Aku bukanlah over and fanatik dengan k-pop tapi aku just dengar layan gitu-gitu jer. Taklah sampai konsert Digi segala yang jemput Beast sumer tu aku join. Aku juz seorang fan biasa, normal gitu. But then, aku suka membaca dan ambik tahu apa yang terjadi dengan dunia k-pop semasa.

547ceee64d42b36180987eab449944d1_large

Media tempatan Jepun telah melaporkan lebih dari 2,000 orang telah mengadakan bantahan anti-Hallyu di Tokyo pada 7 Ogos lalu. Menurut Agensi Berita YonHap, penunjuk perasaan berkumpul di hadapan ibu pejabat Fuji TV di Odaiba sambil menjerit; “Hentikan Hallyu”, “Berikan hak-hak penyiaran anda” dan “Kami di sini untuk menyelamatkan Fuji TV dari tangan Hallyu”

credit to thunderstix ~ untuk berita penuh, sila lawati Soompi

Anti-Hallyu Protest Takes Place in Japan

 

Sedang negara kita leka dengan isu ‘Hadiah Penyapu, Mop dan Mangkuk Tandas’, rakyat di negara Jepun bangkit menuntut hak mereka sebagai warga yang cintakan seni tanahair mereka. Semua ni start bila seorang artis jepun yang popular la jugak, dihentikan kontrak dan suma endorsement beliau ditarik. Fuhhh ke-si-an.

TETAPI, kenapa keadaan seperti ini tidak wujud di Malaysia? Ingin aku nyatakan di sini yang sebenarnya rakyat Malaysia bukanlah bodoh atau berfikiran dangkal kerana memilih genre k-pop tapi mereka cuma memilih apa yang terbaik untuk diperdengarkan kepada telinga dan dipertontonkan kepada mata masing-masing. Maaflah kalau agak kasar aku berbahasa tetapi bagi aku, ahli seni tanahair masih lagi di peringkat mencari identititi seni masing-masing.

Sedar tak? Suatu ketika dulu, orang kita minat dengan lagu Bollywood, hampir semua stesen radio pasang lagu Hindi. Then masa zaman lagu-lagu Peterpan, Radja etc, semua radio pon nak mainkan lagu indon. Dan begitu juga dengan keadaan sekarang. Cuma bezanya, satu dunia dilanda Korean Wave tak terkecuali Malaysia. Kalau diperhatikan dari sudut positif, kali ni Malaysia ikut perkembangan dunia la jugak.

Pendek kata, suatu ketika dulu, seni muzik kita tidak mampu menandingi Bollywood, dan juga Indonesia. Sekarang pulak, keluar muzik genre k-pop. Dimana pemuzik tempatan? Dimanakah u’ols sekarang? Tunjukkan pada dunia anda juga mampu bersaing dengan industri muzik luar.

wintersonata

Itu isu pemuzik. Sekarang kita berbalik pada isu K-Pop Wannabe. Kalau korang ingat balik, mula-mula masa Hazami remake lagu Winter Sonata versi melayu; Sonata Musim Salju, ada tak sesapa di Malaysia ni yang bising kata beliau nak tiru Korea? Ada tak? Takder kan? Sebab lagu dia sedap and dia tak kata pon dia nak tiru korea ke apa ker. Dia tak kecoh-kecoh pon kat friendster kata dia nak buat lagu tiru korea or whatever. Tahu-tahu, orang layan lagu dia sebab sedap. And another thing is, suara dia memang sedap. Tapi berbeza dengan K-Pop Wannabe neh, harap baju jer korea. Baik laki ke perempuan ker, sama je. Menari pon aku tengok dah macam kera kena belacan. Korang cuba bandingkan antara Hazami dengan Max247 dan Gula2 tuh, then korang judge la sendiri.

Hazami–Sonata Musim Salju

All in all, sebagai rakyat Malaysia, kita memang perlu meyokong artis tempatan but Please lah wahai pemuzik-pemuzik tanah air, tunjukkan bahawa anda berbaloi untuk disokong.

And to all those K-Pop Wannabe, please la simpan suara dan tarian korang tu untuk korang buat persembahan dalam bilik air. Korang kena ingat, dah nama pon K-Pop (Korean Pop), so its mean only for korean. Kita sebagai orang Malaysia juz duduk dan dengar, kalau nak menyanyi pon untuk diri sendiri atau bilik karok jer. Kalau teringin sangat pon nak menari, lagu Cindai ada. Hidupkan balik seni muzik macam zaman Pak Ngah dulu.

Korang baca dari atas sampai bawah, then soal diri korang sendiri, SALAH or Betul Aku Cakap??

Post a Comment

Powered by Blogger.
Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...