RSS

Leave your link here...


Dikuasakan Oleh Shoutmix

Bila time puasa je….


Assalamualaikum, Salam Muhibah dan Salam Satu Tanah Malaya… Hari ni dah genap enam hari kita di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak. Puasa tak? Aku yang hidung berlari pon puasa tahu. Bagi mereka yang ada gastrik tu, gunakanlah peluang ini bulan ramadhan ini untuk melegakan gastrik anda. Dan bagi wanita yang datang emmm2 … Sila hormati mereka yang berpuasa yer..

Banyak yang aku ingin perkatakan dalam entri kali ni. Aku akan try cerita satu persatu, tengok banyak ke tak. Sebelom itu, kita layan video ni kejap.

credit to the87juju for the video

1. Iklan berkenaan puasa di TV

Seperti yang kita sedia maklum mengenai isu sebelum ini, iaitu berkenaan dengan iklan yang ditayangkan di stesen TV tempatan yang kononnya tidak menghormati sensitiviti kaum lain. Tapi walau macam mana pon, aku harap isu itu dah diselesaikan dengan cara aman tanpa ada sebarang demonstrasi. Tengah-tengah bulan puasa buat demo, larat ye korang? Ok gurau je.

Sekarang pulak heboh lagi pasal iklan di TV, juga dari stesen TV tempatan. Sama seperti isu sebelum ini cuma lain sikit intipati ketidakpuasan hati yang diutarakan oleh masyarakat tempatan. Kononnya iklan yang disiarkan telah menyindir agama islam, agama aku sendiri. Ya memang iklan itu agak kelakar, tapi dari perspektif aku sendiri, iklan itu mempunyai moral yang sangat dalam maksudnya. Ke aku sorang je yang paham tengok iklan tu? Tak baguslah kalau aku sorang je yang paham tapi lagi berjuta-juta penduduk Malaysia yang ada diantaranya berpendidikan tinggi dan ada yang mempunyai PhD dan Master tak paham iklan tu. Memang setiap orang mempunyai sudut pandangan yang berbeza dalam mentafsirkan sesuatu perkara tapi, janganlah sampai Ramadhan kali ni, semua iklan pon nak diisukan.

Kalau tak puas hati, memanglah patot korang sound direct macam yang aku cakap sebelom INI. Tapi, kaji dulu apa masalahnya dan barulah korang nyatakan hasrat korang dengan sewajarnya. Kita sekarang zaman dah maju, so pemikiran dan budi bahasa pon kena ada la. Nak tegur pon biarlah tampak budi bicaranya, jangan sampai nampak hina di mata masyarakat lain. Bukan apa, aku ada tebaca twit yang menggunakan bahasa kesat, semata-mata untuk menegur orang lain. Brader, puasa-puasa ayat mau elok laa.

 

2. Isu Hadis Rasulullah s.a.w.

Ini memang best. Di bulan ramadhan ni, ramai aku tengok golongan belia macam aku mengamalkan dakwah islamiah. Yalah, setiap perkara baik yang dilakukan dalam bulan ibadah ni diganjarkan dengan pahala. Ramai yang aku lihat berkongsi hadis dengan rakan-rakan FB dan Twitter serta follower blog masing-masing. Tapi, korang terlepas pandang dengan perkara yang paling penting dalam menyampaikan atau berkongsi maklumat atau info iaitu;

 

Kesahihan Fakta

290801811_failure_to_communicate_xlarge

Jangan rasa panas yer. Kita sebagai manusia memang takkan lari dari melakukan kesalahan. Aku pon biasa ditegur oleh adik aku sendiri tapi walau pahit mana sekalipon teguran orang, kita mesti ingat;

“Orang takkan tegur kita sebarangan sekiranya mereka tidak melihat di mana silapnya”.

Sebagai contoh, terdapat suatu hadis yang dikongsi oleh masyarakt kita mengenai kelebihan solat terawikh di bulan ramadhan dari malam pertama hingga malam ke-30. Kononya setiap malam mempunyai ganjaran pahala yang berlipat ganda diikuti malam-malam berikutnya. Korang boleh cuba google sendiri, aku tak nak mengaibkan mana-mana blogger, facebooker ataupun twitterer??

Hadis yang sering dikongsi terutamanya pada bulan yang mulia ini sebenarnya merupakan hadis palsu seperti yang dinyatakan melalui laman web Mufti Terengganu di SINI. Dengan itu, harap korang fahamla, bukan sekadar perkara berkaitan agama jer, semua perkara yang ingin korang war-warkan perlula dipastikan dulu kesahihan faktanya. Jangan main serkup je isi yang korang copy-pastekan dari sapa-sapa punya blog then kongsi bersama follower setia korang. Tak baik tahu.

BlogyMate.com91220107729

 

3. Isu Halal di Malaysia

Rasanya isu ini dah ramai blogger kupaskan. Tapi di bulan ramadhan ni, makin menjadi-jadi pulak masalahnya. Bukan bermaksud aku tidak  menyokong produk halal dan aku agung-agungkan produk non-halal. Tapi, seperti yang aku cakap dalam point sebelum ni, kesahihan fakta.

Ya, kadang-kadang ada sesetengah blogger yang konon-kononnya buat research itulah, inilah then comeout with this statement;

dot dot dot… Tak Halal??

What the kasuttumittinggi?? Most sumber research yang diorang claim, bila aku double-check balik, produk itu dikilangkan di luar negara. Sebagai contoh produk yang ada gelatin. Di luar negara, produk diorang memang guna gelatin yang diambil dari swine. Tapi lain halnya dengan produk yang sama, tapi dikilangkan di Malaysia. Sumber gelatin Malaysia adalah dari bovine (lembu) atau caprine (kambing). Korang kena ingat, JAKIM takder la bodoh sangat nak main Google-Google je untuk tentukan halal-haram sesuatu produk. Lagi satu, produk yang korang google then toplist dalam search semua tu bukan barangan buatan Malaysia, susah nak tengok barangan buatan Malaysia dalam top search.

IMG_0466

Sama halnya dengan produk yang ada kandungan lemak semua tu. Kalau dikilangkan di Malaysia, insyaalah terjamin kehalalannya. Kalau korang risau sangat, korang makan je lah Yusoff Taiyob tuh.

 

KESIMPULAN

All in all, harap korang faham. Segala yang kita tulis, kongsi atau hebahkan samaada di blog, wall facebook ataupun twitter, merupakan tanggungjawab kita. Bukan tanggungjawab pembaca atau manusia lain. Tak rasa malukah kita mengencing menipu follower-follower atau frends kita di blog, facebook, twitter dan sebagainya dengan fakta-fakta yang tidak berasas.

weighing_the_balance_587x30

Korang kena ingat, hukum manusia boleh digubal dan dipinda.. hukum Allah, kekal selamanya…

BETUL AKU CAKAP??

ps: Sebarang masalah jangan segan-segan komen. Korang nak kutuk ke apa ke, aku tak kisah. Dont worry, komen anda tidak akan dipadam. Aku bukan nak korang komen apa yang aku suka dengar, tapi aku nak korang komen apa yang hati korang rasa. Sekian.

Post a Comment

Powered by Blogger.
Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...