RSS

Leave your link here...


Dikuasakan Oleh Shoutmix

Tau nak nikah je…


Okay.. tajuk tu a little bit kasar sket. Oh okay, memang AGAK bunyi kasar. Okay fine2 memang kasar pon. Bukan apa, aku juz macam kurang puas hati la dengan keadaan dunia hari ini. Maksud aku, pasal kahwin. Yelah, lepas dah habis belajar, dah bekerjaya so mestilah somehow nak berumah tangga pulak la kan? Yeah, itu sesuatu yang wajar untuk diimpikan oleh semua pihak, except certain people je. Yeah gay, I’m talking about you..

94f2662ad9746f430bf7ef06

Ni citer untuk orang yang dah habes belajar dan telah tercapai cita-citanya, then bercita-cita pulak nak kahwin. TAPI….

Dulu time tengah rak bercinta tak pernah terpikir pon nak menyimpan duit untuk berkahwin. Pastu, bila dah bekerjaya then ada hati nak kahwin dengan pasangan masing-masing, baru rasa macam something wrong. Selalu masalah ni timbul dari pihak laki, yelah pihak aku la. Korang perempuan apa tahu? Tahu paksa nak kahwin cepat, padahal bukan terlanjur apa pon. Do you all know how hard for us to save the money for a marriage? Susah tau. Kalau bagi yang merokok tu, rasa susah dia sama macam tak pekena rokok sebatang for a whole day. Aku tak merokok, so tak leyh nak citer detail sangat kesusahan tuh.

images

Mostly Gadies Melayu (kacuk jawa pon kira ke?) nak kahwin sebelom 30. Yelah, bagi diorang 30 tu rasa macam lewat. Tapi cuba pikir la ye wahai wanita (sebut wanita nii, bukan awek), kalao korang and your laki-to-be tu masing-masing lepasan degree, umo 24 la average. Tamat degree plak tengah tahun. Pastu, dapat kerja umur masing-masing dah 25, yelah menganggur 2-3 bulan tu wajib kot mostly. Pastu time kahwin pihak perempuan (influence mak bapak la selalunya) letak hantaran bapak tengkorak mahal giler dengan alasan sebab lepasan degree. Lepastu, korang wahai wanita sekalian ingat 2-3 bulan ke kumpul duit dah cukup? Habestu kitaorg laki ni makan pasir ke semata-mata nak kumpul duit kahwin? Kalau kitaorg berjaya kumpul pon, pastu lepas kahwin nak makan apa? Financial lepas dah berumah tangga pernah tak terlintas kat kepala korang? Asyik nak paksa kahwin cepat ja. Gattai noo….

marriage-thoughts

Mau tak mau, laki umur dekat-dekat 30, kira-kira 27/28/29 baru boleh kahwin. Yelah, nak stabil dari segi financial, bukan sekadar duit untuk kahwin je, lepas kahwin dah ada anak semua tuh. Korang tak nak ke korang dah kahwin laki korang dah ada semua benda. Kereta, rumah, tanah n etc. Korang tanak ke? Korang nak?? Nampak sangat materialistik nye

Haha. Okay, bagi aku. Financial yang stabil sebelom dan selepas kahwin tersangat amatlah sekali penting sangat-sangat. Jangan ingat hari nak kenduri-kendara je penting. Kehidupan selepas berumah tangga pon penting jugak. Itu yang akan dibawa sampai ke akhir hayat, moga-moga. Aminn…

khuntoria-wedding-image-ax3

Kadang-kadang, korang kena ingat. Laki bukan nak mintak sangat suma kos hantaran apa semua tu murah (hope sangat2 korang letak murah), yang penting korang faham apa yang kitaorang lelaki ni hadapi. Janganlah terlalu menggesa untuk kahwin cepatlah, taknak kahwin lewat lah, nanti time bersanding muka dah berkedut lah. Jangan sekadar fikir korang nak hari persandingan korang meriah je. Korang kena pikir jugak alam berumah tangga tu. Jangan pandang ringan hal ni. Jangan berikan alasan “Alah, nanti dah kahwin sama-sama la kita susah senang”. Ye kee? Nanti rantai-rantai, cincin-cincin segala tu sapa bising mintak? Ke korang pon kumpul duit dari kecik nak beli cincin RM24K macam Kak Rozie tuh?

Apa-apa pun, kitaorang lelaki ni berpegang pada satu kata-kata (aku sorang je kot, laki lain tak sure);

If you fail to plan,

you’re actually plan to fail..

aa25

So, korang fikir-fikirkan lah.. Haa.. BETUL AKU CAKAP??

Post a Comment

Powered by Blogger.
Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...